selamat datang

Monday, 24 December 2012

Komen tentang kelas BBK3408
Assalamualaikum kakak GRF dan kawan-kawan yang dikasihi sekalian..

Sepanjang mengambil kursus BBK3408 iaitu Kesusasteraan Dalam Multimedia yang di ajar oleh  Prof. Madya Dr. Arba'ie bin Sujud. kelas ini terbahagi kepad dua sesi iaitu sesi kelas yang di kendalikan oleh Dr. Arba'ie Bin Sujud dan sesi Makmal yang dikendalikan oleh kakak-kakak tutor.
Pertama sekali, saya nak komen tentang kelas yang diajar oleh pensyarah iaitu Prof. Madya Dr. Arba'ie bin Sujud. Dr Arba'ie merupakan seorang pensyarah yang sangat saya kagumi, setiap apa yang diajar oleh beliau senang diterima oleh pelajar kerana penerangan dan penjelasan yang diberikan sangat jelas dan tidak membosankan. selain itu, Dr. Arba'ie juga selalu buat lawak dalam kelas, membuatkan pelajar tidak rasa mengantuk. 
Komen untuk sesi kedua pula iaitu kelas  tutorial. kelas tutorial paling seronok dan tidak bosan bagi saya, hal ini kerana, kami telah diajar mengendalikan benda-benda baru berkaitan multimedia seperti Movie Maker, Power Point, Adobe Photoshop, cara nak buat Blog, weebly dan sebagainya. sangat banyak ilmu yang saya perolehi sepanjang mengambil kursus ini, kalau dulu saya sangat buta IT dan tidak tahu bagaimana untuk menggunakan perisian-perisian ini tapi setelah diajar tentang bagaimana cara untuk menggunakan rupanya sangat senang dan amat membantu saya untuk pekerjaan akan datang..:), selain itu, sikap kakak-kakak GRF juga sangat menyenangkan, di mana mereka tidak pernah jemu untuk mengajar dan melayan kami dengan pelbagai kerenah, mereka juga selalu memberikan tunjuk ajar kepada kami ketika kami menghadapi masalah untuk membuat perisian-perisian tersebut. terima kasih di ucapkan kepada Kak Wani dan Kak Intan...:P serta kawan-kawan sekalian yang banyak memberikan pendapat serta berkongsi ilmu sepanjang mengikuti kursus ini, jutaan terima kasih juga diucapkan kepada Prof. Madya Dr Arba'ie bin Sujud selaku pensyarah, yang telah banyak mencurahkan ilmunya kepada kami..:)
sekian terima kasih.

Tuesday, 20 November 2012


TIDAK AKAN MENYERAH

Biarkan semua cerita berlalu.
Akan ku buka lembaran baru.
Yakinku selalu menjaga hatiku.
Kedamaian tenteramkan kalbu.

Biar aku tak punya harta.
Tak memiliki kekuasaan.
Tapi aku tak boleh hidup tanpa cinta.
Kerana bahagia hakiki datangnya dari cinta.

Aku tidak akan menyerah.
Sebelum jiwa terpisah dari raga.
Selama sanubari menyimpan cinta.
Aku tetap percaya cinta akan berikan keajaiban.

Walau harus menunggu.
Bahasa kalbuku membisu.
Menunggu suara cinta memanggil.
Mengajakku bersatu mendayung perahu rin
du.

Monday, 19 November 2012


USIAKU

Saban hari usiaku meniti
Mengharungi pelbagai onak dan duri
Saban hari usiaku meniti
Menempuh pancaroba kehidupan realiti.

Saban hari usiaku meniti
Berdepan kemelut taufan duniawi
Saban hari usiaku meniti
Menghitung nafasku bilakah tidak pasti.

Saban hari usiaku meniti
Mampukah aku menempuh gelora hati
Saban hari usiaku meniti
Menuju ke arah alam abadi.


Nurkilan~AMYLIANA BINTI AZZAIKI (^_^)



KU INSAFI

Tatkala sendirian
Hati sering tertanya
Sempurnakah aku sebagai hambamu
Sesungguhnya aku sedari
Hati seringkali terleka
Terleka dibuai nafsu
Banyak kekhilafan telah aku lakukan
Kekhilafan yang tidak ada penghujung jalannya.

Tatkala sendirian
Seringku akui
Keegoaan diri ini
Membatasi naluri wanita ku ini
Terlalu ego mengakui kesilapan diri
Terasa tercabar bagi melunturkan keegoaan
Hingga melukai banyak hati

Tatkala sendirian
Aku insafi
Hidup dipenuhi noda-noda dosa
Dosa yang tak mungkin aku tanggungi
Lalainya aku sebagai hambamu

Nurkilan~AMYLIANA BINTI AZZAIKI (^_^)

Wednesday, 14 November 2012